Sunday, October 31, 2010

Coretan biasa dari insan biasa

coretan ikhlas dari gretchen lam.

dalam hidup ini saya sedar adakalanya kita terpaksa terima benda yang kita tak ingini.
Kadang-kadang, walau bagaimana pun kita jaga  , tak semestinya benda itu milik kita buat selama-lamanya.
itulah nama dia kehidupan . adakala manis, adakala pahit .
tapi kita sebagai insan harus sentiasa bangkit walau bagaimana perit pun yang kita lalui.

pada pukul 8.00 pm, saya terbaca blog salah seorang daripada kawan saya.dan saya tersentuh dengan setiap ayat yang dicoretnya . dea sangat tabah menghadapi setiap masalah yang menimpa keatas dirinya . tidak seperti saya yang hanya tahu mengeluh dan menyalahkan tuhan . perempuan tersebut sedikit sebanyak banyak memberikan saya semangat, inspirasu untuk terus tabah dan terus bangkit walaubagaimana pahit pun yang kita sedang lalui. never give up bak kata orang putih .

walaupun saya baru berumur 19 tahun . tapi saya banyak makan garam jika dibandingkan dengan rakan yang lain . dan saya sangat bersyukur kerana punya kawan yang cukup banyak memberikan saya semangat, berada di sisi saya, memberi nasihat setiap kali saya jatuh .

setiap kali saya jatuh, perkara yang saya mampu buat adalah menangis, meraung .
dan bila saya ingat, saya berasa lucu kerana ayat yang sering saya sebut ketika itu ialah ' kenapa mesti saya yang lalui ini semua, kenapa saya yang terpilih, saya tidak kuat' . tapi sekarang saya sedar yang tanpa melalui perkara2x sedemikian, itu ukan 'life' . ini lah namanya kehidupan . tipulah sekiranya wujud seorang pun manusia dalam dunia ini yang ketawa 24 jam, tidak pernah menangis, sedih, punya masalah seperti saya, bahkan mungkin lebih teruk dari saya . itulah yang saya sering semaikan dalam diri saya . 'saya boleh'.

No comments:

Post a Comment